if dah follow,plizz tinggalkan url blog utk memudahkan proses mengfollow back !

Friday, February 25, 2011

JikaLau aku doremon aku akan........

assalamualaikum n salam 1 malaysia....

ish laaa dinie oi....menda ang merapu merebang lak ni...
q : pew benda tajuk kat atas tuh...
ce citer ce citer....

ok firstly aq nk ucap tan que much2 kat cik bella sebab tag aq....
Q : tag ??? tag pew??

tag satu peraduan... ce tgk kt bwh...


ni la peraduan tuh... peraduan JIKALAU AKU DOREMON AKU AKAN..... by cik ika
mula2 tuh aq pon ta bapa paham sangat tapi akhirnya aq paham jugak....
senang jew tapi aq yg gi wat pening pala..
huahuahua...
sebenarnya juz sambung jew ayat tajuk tuh... hihihihi...

ok..now is my story...

jikalau aku doremon aku akan...

** first law aq neh jadi doremon...aq nak tukar tangan aq jadi ada jari2 runcing..ni tak asyik bulat jew...camna aq nak pegang dorayaki pon susah...

** yg kedua...aq nak bg ada telinga...skg aq mana ada telinga...aq nak ada telinga cam kucing.. baru sama cam aweks aq michan tuh.. ( c kucing comel tuu ) so aq leh kawin dengan dia... ulalalala...

** yg ketiga..ni penting utk aq c doremon.. aq nak keluarkan alat utk bg hilang rasa takut aq kat tikus... nanti aq dah tak payah lari law nampak tikus.. boleh la aq tunjuk lagak sikit kt michan....

** yg keempat.. aq nak tukar kaler pintu kemana jua dari warna pink ke warna biru campur purple.. aq ta suka sangat warna pink,,ehek !

** yg ke lima..disebabkan aq ni doremon, thats mean aq ta payah nak belaja gi dah, sebab aq leh dapat pew yg aq nak dengan senang je.. so aq nak tolong orang yg ssh.. skg ni kan ramai orang susah.. so aq nk tolong dorang bg jadi kaya cam paris hilton.. wahhhh...

** yg ke enam...aq nak wat satu rumah.. di luar nampak kecik tapi macam istana bila masuk dalam... kat dalam rumah tu..ada banyak bear.. bermacam2 jenis dan jugak saiz...sapa pon leh masuk dalam rumah tuh..n boleh ambik nak yg mana... pilih pilih pilih...( bunyi cam orang jual ikan kt pasar )

Tapi apakan daya..semua tuh takkan jadi kenyataan sebab aq adalah dinie bukan doremon
huuuuuuwwwaaaaaa...

dan dinie mau tag kepada...
jeng jeng jeng....




join meyh ...!

sekian.... =)

Thursday, February 17, 2011

genap setengah tahun bersama..

salam..
salam 1 malaysia..
salam sejahtera..

tak der benda nak share pon hari ni..
not in a good mood today but still aware dgn apa yang terjadi hari ni..
hari ni genap la setengah tahun aq kapel...
baru setengah tahun pon nak kecoh kan??
suka hati aq laa..
ta guna duit korang pon..
oke kembali...
law nak taw..macam2 pasang surut kisah kami..
tapi alhamdulillah still bersama..
kejap putus..kejap baik balik..pastu putus balik..pastu baik balik..
macam-macam..

banyak member2 aq dengan member dy tertanya2 camna la aq dgn dy leh kenal..haha..
xtaw la nak kata..
banyak link sangat.. link?? apa kena mengena lak dengan link ni dinie oii.. entah aq pakai letak jewp..
terus terang cakap..
cinta kami bermula dengan IT.. IT ke ICT?? mana2 jewla..
aq add member dy si kuyep dengan fizal .. komen kat pic depa dua tuh laa.. then my BB pon add la aq.. dah add tuh mula laa ayat2 manis dy mai.. mula2 mmg aq meluat,menyampah,bengang,ta suka n so on kat dy.. tapi bila lama2 dok mesej.. my BB kata.. awak jom kapel.. ahakzz.. sumpah ta romantik ! aq pon dengan niat main2 slamber jewp aq kata OK ! ..wahh senang kan?? konon2 nk main2 jewp..tapi dah lama2 melekat la sampai sekarang.. tempat first date kat star parade alor star.. sila rujuk pic di bawah..

bila kami kapel??
errr... 17.8.2010.. TAKE NOTE YE SAYANG !!
dahla.. ta rajin lak nak tep panjang2.. penat ! sakit jari den..
ehhh.. ada lagi..HAPPY BEZDAY to my dear fren AMIRAH JOHARI
semoga panjang umur dimurahkan rezeki.. =)
 to my BB ..
Semoga hubungan kita kekal sampai anak cucu cicit cuit coit...
sayang kamu sangat2...
luv u much-much more..!
sekian............

Tuesday, February 15, 2011

T.S n K.L SENTRAL make my money gone..

salam..
selamat malam..salam 1 malaysia...n selamat sejahtera..Salam maulidur rasul jugak..
hari ni selasa..15 februari 2011 bersamaan 12 rabiulawal 1432H..

hari ni aq kuaq merendet dgn ain n yus..
jalan dengan depa buleh lucut kaki aq..
sakit giler babeng.. =)
memang habis gak la duit aq even tak banyak pon yang aq beli kan..
apa yang beli???
ni haa..amek kau !! aq senarai semua..

- baju kemeja warna purple.. K.L SENTRAL mai.. harga?? murah je KOT.. RM19.90.. haha..
- kardigen warna merah awww.. T.S mai.. harga?? err RM17.90..
- Lip ice.. watsons mai.. harga?? RM12.90..
- oleh kerana aq ni mudah terpedaya..akak watson tuh telah wat aq join da club kad watson..so joinla aq.. RM12.00 melayang... ishh.. dinie apa ni ???
- makan.. baru sampai makan nasik..RM4.. air?? yus belanja..thaxx yus.. time nk balik bedal plak mee sup..RM4.50.. air yus jgk yg belanja..aq x mintk ok.. aq terima ja.. hihi.. maklumla nk bela badan.. nak jugak jadi badak air yg lebih besar kan..
- tambang.. bas,LRT,monorail suma RM7.20..

dicampur tolak tambah darab bahagi... jumlah semua kira sendiri.. lalalalala...
banyak habis?
lantak la..duit aq kan?? satu sen pon tak guna duit hampa..
so..tak payah la nak jeling2 aq ok !!

dah la..sakit kaki aq.. malas nak merapu..nak texting wit my baby boy lak.. ahakzzz...
papaii.. layanzzzzzzz..




 ni ain dgn yus..tgh pakai kontex lens..

ni la kad watsons yg aq dapat.. buruk kan??

sekian.. tuan puteri nak beradu.. 
lalalalalalala..
AMARAN !! : CERITA DI ATAS TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SESIAPA..SO KALAU ADA YANG TERASA.. WAKE UP LA.. TAK PERLI PON.. UNTUK AQ SEMUA.. MAAF JIKA TERASA JUGAK !!

Monday, February 14, 2011

valentine ??

assalamualaikum dan salam 1 malaysia..
 hari ni 14 februari 2011..
hari pa yek??
Law kekasih of coz la taw hari ni hari pa kan??
hari hari kekasih @ valentine day..
tapi buat kawan2 yang muslim kita dharamkan untuk sambut hari tersebut kan???
kenapa haram??
ok kat sini ada penjelasannya..
ni pon aq search kat google..
law tak betul mintak dibetulkan ea..
kita manusia bukan semua betul dan sempurna kan???
ok back to our question..


kenapa haram??

hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.


Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).
sejarah hari kekasih


Versi 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.





papew pon bagi yang kaple tuh lupakan la valentine n sambut maulidur rasul esok..
lagi better rite???
dosa dapat dijauhkan pahala yang dapat..
selamat menyambut maulidur rasul !!
sekian...... =)

Saturday, February 12, 2011

ku ingin kamu..



for every beauty there is an eye somewhere to see it..
for every truth there is an ear somewhere to hear it..
for every love there is a heart somewhere to receive it..

p/s : this song is special dedicated to Mohd Yusuf Jaafar...
love u much2 more !!

Friday, February 11, 2011

still tak sihat lagi..

salam satu malaysia..
malaysia oh tanah airku..
tanah tumpahnya darahnya darahku..
negeri elok amat ku cinta
yang ku puja sepanjang masa..
hahahaha...
bangun2 tido terus update blog..
aq my moon so ni la keja aq..
ulalalalala...

dari hari pertama aq period till skg still tak sihat lagi..
kecian aq kan ???
hari pertama demam,sakit kepala.sakit perut,lengoh lutut,sakit tekak,selsema..
ala besa la pompuan kan??
korang pon mesti pernah rasa cam tuh kan??

hari ni batuk makin menjadi2..
kalau nak taw aq la bakal nurse yang tak suka makan ubat..
pujuk pesakit makan ubat law sakit..
tapi aq sendiri sakit ubat pon tak mau makan..
hahaha..lawak pulak rasa..

hari ni gi kelas cam biasa..
still bangun lewat cam besa..
still siap slow2 macam besa..
still masuk kelas lewat macam besa..
still buat kolej tuh macam kolej tokwan aq macam besa..
still suka dengaq member sembang cam besa time lec membebel..
still marah law orang bising time lec potpet macam besa..
still suka tgk henpon time lec ngaja macam besa..
still suka lukis bunga2 kat nota macam besa..
still dinie yang macam besa..
huhuhuhu...

mula esok aq tak da kelas sampai hari selasa..
hari rabu baru ada kelas..
so aq masih lagi blurr xtaw nak wat pa time cuti empat hari tuh..
mira..nak balik kedah..
yaya..balik rawang..
janah n miza..entah..aq x taw...

kesekian kemerapuan keakuan kedisinian...
keterimaan kekasihan...
 ni time balik dari giant lepas kelas mama Z..
tgh tunggu van mai ambik
jurugmbr : my abg rock yaww !!

layan jew la ye..
di snap time nak gi kolej tadi..=,=

Thursday, February 10, 2011

praktikal oh praktikal

salam 1 malaysia..
saja ja ayat atas tuh..
nak ambik hati PM..kot2 la dy TERbaca blog aq kn..mna taw..
mimpi la kau dinie... 

ok melalut satgi..
nak story pasal praktikal ni exculi...ce citer ce citer..hahaapp
aq rasa aq baru jew balik dari praktikal tp ni nak kena pi pulak...
tah hapew2 jew kan..

sebenarnya aq ni jenis tak kisah praktikal kat mana pon...
jangan letak aq praktikal kat kandang singa sudah...
ada ke praktikal kat kandang singa??? Aummmmmmmmm...
untuk sem 4 ni aq dapat kat kedah jugak..
kat hospital jitra..
sem 4 ni ada comunity..tapi tak taw dapat kat na...
maybe dekat2 hospital jitra kot..
tak kisah laa mana2 pon..
ulalalalalalalalalala....
ni aq kebas kat google..
aq pernah masuk tapi tak pernah bekerja di sini..

tadi semua pakat excited pilih tempat posting...
aq still blur..
niat di hati nk gi yan..
tiba2 aq dengaq nama aq kat jitra..
berani ada orang mengambil tempatku di yan.. hihihi
tapi x pala...redho jew laa.. cewahhh...
bak kata encik uchup.. dekat ckit...hmmmmm...

beliau ini akan menjadi rakan seperjuangku semasa di hospital jitra..
ulalalalalala
this is my abg =,=
yaww !!
hospital kkb lagi yaww !!

beliau ini akan berkampung bersama ex kawan baiknya di hospital besar kuala terengganu..
kopok leko see !!
teh o beng see !!
niat mula nk gi h.sultan abd halim ni..
tapi dah penuh...
so dapat kat h.bentong..
errr...babe..balik ti jgn jadi pengkid lak...
lalalalala
ni la budak2 yang yang merampas tempat aq untuk ke yan tuh..
wftfftftfff betui laa...
syok la tu...
testing kasut baru !!
tq syg..
ulalalalala

sekian utk post kali ni...
chow !!

Wednesday, February 9, 2011

hari penat !!

salam satu malaysia..

hari ni sumpah penat..
dari pagi sampai malam..
cam orang keja part time pon ada..
tapi part time tak bergaji laa..
pew yang aq wat ???
agak2??
ok..aq mention kat sini ok..

- pagi tadi ada presentation study case.. gegar pala lutut uh.. padahal bukan banyak sangat pon yang aq kena cakap... 3 slide jew kot.. sikit sangat..tapi ketaq kalah slide kena terang sampai berpuluh2.. then gi cari nasik.. lapar lol !

- balik dari kolej.. kemas barang cikit2.. then on9.. men game.. blogwalking.. 

- sempat tido sebentar.. terlelap disebabkan oleh lagu falling star..by david.. terjaga pulak disebabkan oleh ada calling dari encik uchup sayang.. grrrrrrrrrrr..

- kemas barang lagi sambil tunggu abg zam@ c busuk mai ambik..

- tunggu punya tunggu.. lastly coling abg zam,, buleh dy tanya nak gi mna.. haip.. ini boleh mendatangkan marah ni..

- pak cik halim yang mai ambik kami.. so angkut lah kami barang2 kami yang agak banyak tuh.. stgh jew.. stgh lagi dah diangkut pon..

- sampai kt rumah 2b.. kemas barang.. 

- bila dah siap kemas..nak mandi plk.. lampu lak x der.. mandi la aq dalam gelap.. aummm...

- lepas mandi... texting wit encik uchup...

- skg ni tengah on9 !!hoyehh !!

sila layan pic2 kat bawah :p

amacam?? cikit kn??

ni pon cikit kan??

this in me !!


sekian ....

Monday, February 7, 2011

diari minggu lepas

assalamualaikum dn selamat sejahtera tak lupa juga salam satu malaysia...
hahak..
tiba2 rasa cam tgh jadi PM lak..
setelah hampir seminggu blog tidak di usik..
hari ini...
saya.. Nor Wahdini Bt Mohd Akhir dengan ini merasmikan penulisan blog untuk bulan ini..
ngeh2..
gedix siot...
 exculi x taw nak update menatang pa..
tapi nak jugak hapdet..
soo..aq pon merapu la serangkap dua kan..
hmmmmm...
apew aq wat cuti semnggu ye???yang aq ingat...

- aq pi makan kenduri orang kawin, kenduri aq xtaw bila,so makan kenduri org jew la..
- selang sari aq kuaq date.. hahak.. :D
- kuaq bershoping dgn mak n berjay mem'paw' mak sehelai selendang,selai sudah laaa..
- kebanyakkan hari stay wit my family..kumpul ramai2 then sembang.mkn sama2,,meriah lol !
- hari sabtu kuaq date lagi dgn encik uchup.. lalalalala...

sila layan pix2 kt bwh ~ ~

teka la dapat kat mana kan....
ulalalalala
nyum..nyum..nyum..
thaxx laling...
ada lagi..
gemukla aq ~,~
kasut ni encik uchup punya citarasa..
dy g beli dengan fikri..
hahaha
boleh tahan la citarasa dy..
ehemm...
jangan tanya ni sapa..


sekian wassalam,,,

p/s : tan que sayang !! luv u much2 more !!