if dah follow,plizz tinggalkan url blog utk memudahkan proses mengfollow back !

Wednesday, June 29, 2011

header lagi..

assalamualaikum w.b.t

hari ni wat header baru. ^^
tapi tangan aq bukan tangan seni. 
so terpeleot sana sini.. 
maaf laa noo.
header ke berapa aq pon ta ingat...

tadaaaaa


nama baru..
cik kekura.
motif ??
sebab aq punya kampung nama kampung keda bukit kura :)
kat sekolah dulu, kawan2 suka panggil aq kura.
so jadi laa cik kekura :)
aq gemuk :D

sekian.

Tuesday, June 28, 2011

semangat senior !

assalamualaikum w.b.t

setelah seminggu meninggal kan dunia IT, kini aq kembali memulakan karier aq kembali. dengan azam dan semangat yg agak baru mungkin err aq cuba untuk menjadi yang terbaik diantara terbaik. wahh sengal gila meyh ayat. sejak bila aq start jadi cmni. mabuk durian ke hapew. 
haaa ni aq balik kampung seminggu ni keja dok menghadap durian tulah. sampai kentut pon bau durian. euwww. tak senonoh la kawww ! who cares ! boleh tahan la banyak durian sampai leh wat kenduri durian. tunggu manggis lak berbuah tupon kalau sempat makan. cuti tah bila berangan nk makan manggis fresh. mimpi la kawwww ! 
ok habis tentang cuti.

meyh nak cecite tajuk entry lak. oh before that, nk mention skali lagi.. 
AKU DAH JADI SENIOR WEI !!!!

tudiaaaa tudiaaaa tudiaaaaaa.. eksited gila sial la sejak2 dah jadi senior ni. maklumla tak pernah merasa jadi senior. time sekolah depa tak panggil senior. pakai tibai sukahatimakpak depa ja nk panggil. tapi panggil kakak laa.. tapi sekarang ni baru merasa adik2 junior panggil akak senior. wahhh bangga gilaa.. sungguh terheges-heges aq hri ni ya. err. maafkan diri ini... hampoooonnnn..
hari ni hari kedua jadi senior. kemari just orentasi day tentang sem baru ni. hari ni c=tak dak kelas. hurmm baru msuk sem dah tak kelas. camna nak semangat kalau camni. nanti dah terbiasa bangun lewat dah mula laa malas nak gi kelas. err kadang2 la kan.. 
minggu ni ada dua kelas jew.. jumaat horeyy lagi.  sem ni ada 9 subjek. gila banyak laa.. 7 subjek untuk sem 5, 2 subjek untuk sem 6.. belajaq siap2 depa kata, hurmmm.. tapi yg nak exam 4 paper jew. gabung paper.. jenuh kampoii la.. habeh tue tak reti2 nak mula study lagi ? nanti nak exam baru la nak terheges-heges bukak buku. itu realiti ok. 
ok lah nanti hapdet lagi.
rasa macam banyak lak benda nak cita tapi malas nak menaip panjang2. bukan hangpa rajin nak baca kalau panjang2 kan ???
dah taw pon. sebab aq pon cmtue. hekhekhek...

Thursday, June 16, 2011

bajet :P

assalamualaikum w.b.t

gua baru habis final exam
esok gua balik kampung !
cuti seminggu..
cuti sem seminggu. 
gila lah !
minggu depan dua sem 5 !
sila panggil gua senior lepas ni ok !
sila jeles semua..
gua tahun akhir ok !

gila hapew dinie malam2 cakap gua !
gelap ngeng !

oke, aq excited nak balik kampung,
fullstop !

p/s : tolong boleh ?
aq join satu contest.. tolong like jew pon. tue pon kedekut kew ? ngeeee...
meh nk ngajo..
mula2 korang bukak page kami shawl kt sini
pastu like page tue ok.
then korang bkk kt sini lak
then korang like ok :)
aq peserta no 59..
sebelum 19.6.2011
even aq taw aq takkan menang, tp tak salah mencuba kan ? :)

Thursday, June 9, 2011

kan best kalau belajaq pon dapat gaji..

assalamualaikum w.b.t

yaa.. agak lama ya tidak menghapdet belog ni..
bukan paa.. praktikal dah habis..
skg ni tgh mood final exam sem 4..
wooooo... sem 4 tueee..
perghhh.. sat ja aq rasa..
tapi still rasa malas lagi..


eh.. berbalik pada tajuk kat atas tue.. 
best kan kalau study pon dapat gaji cam orang keja...
melalui apa yang aq tengok, perhati, n usha..
memang la ada yg study dapat duit. tp tak semua kan ?
aq tengok kawan aq ada ja yang keja part time utk tambah duit poket..
rajin kan ??
awat yang rajin ??
sebab dapat duit kan?
kalau la study ni pon dikira keja, aq rasa mungkin masalah ponteng kelas akan berkurangan kot..
yelah.. macam keja laa..
kalau tak gi keja, sehari tak gi keja, tak der laa gaji utk hari tue.
so gaji yang dapat pon kurang laa kan..
camtue jgk laa kalau study ni.
kalau tak gi kelas tak dapat laa gaji utk hari tue..
orang yang rajin gi kelas dapat laa habuan dy..
then kalau dapat result gempak, gaji naik sikit..
best kan ??

agaknya bila kerajaan malaysia nak wat camtue..
kalau wat camtue, mungkin yang study sampai darjah 6 and tak suka study terbukak pintu hati nak study balik...
moga2 camtue laa..

p/s : wish me luck for my final ok !




Wednesday, June 1, 2011

20 tahun hidup sekarang baru taw !

assalamualaikum w.b.t

Ni meyh nak ceqheta ciket..
mesti hangpa semua nak taw kan apa makna di sebalik tajuk yg grand kt ateh tue..
haa.. ni nk habaq bagi ni..
baca pelan2 naa..
jangan gelojoh naa..
ok..
sebenarnya aq nak bagitaw..
selama aq hidup 20 tahun kat dunia ni..
baru hari ni aq taw blood group aq.
rasa lawak pon ada..
punya laa excited.. 
maklumlaa aq x penah taw pon aq group pa kan...
tadi cek kat lab.. aq seorang yang berdarah  A+..
A+ ok !

something tentang seorang yg berdarah A..
moh kita terejah !!
karakter Golongan darah A :
- Biarpun bersikap lembut tapi dlm bab membuat keputusan, mereka sgt tegas!
- Suka mengalah dan cukup ringan tangan
- Membantu sesiapa shj dlm kesusahan biarpun org tersebut baru dikenalinya stgh jam. 
Uisshhh...bahaya tu..
- Tak mudah emosi punya! Biarpun tersinggung mereka sedaya upaya berlagak selamba. 
Bagus! Bagus!
- Tapi kalau emosi tak dikawal membuatkan mereka menjadi seorg yg agak kejam dan tak akan
mempedulikan perasaan org lain!
- Agak pemalu...kalau nak sesuaikan diri dgn keadaan baru mungkin agak sukar sedikit!

perwatakan golongan darah A : 
-Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
-Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
-Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
-Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
-Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
-Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
-Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.


sifat golongan darah A :
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi.
Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. 
Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

kebanyakkan menda kat atas tue betul..
memang matching dengan aq..
so what ??